
Sambutan Hari Kebangsaan berlangsung dengan penuh meriah semalam. Masakan tidak, orang ramai khususnya warga Kuala Lumpur dilihat sudah mula berkumpul di Putrajaya sejak tengah malam semata-mata mahu melihat acara perarakan dengan lebih dekat.
Seperti sudah dijangka, perarakan kontinjen badan beruniform merupakan acara yang paling ditunggu-tunggu, khususnya daripada kontinjen bomba.
Sorakan demi sorakan diberikan kepada kontinjen berkenaan, lebih-lebih lagi apabila anggota bomba yang terlibat turut mesra melayan karenah penonton.


