Semua Agensi Kerajaan, GLC, GLIC Tidak Akan Anjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri - PM

LocalPolitics
11 Mar 2026 • 5:09 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Semua Agensi Kerajaan, GLC, GLIC Tidak Akan Anjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri - PM

PUTRAJAYA -- Kerajaan mengarahkan semua agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) untuk tidak menganjurkan rumah terbuka Aidilfitri, tahun ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu pengumuman khas pada hari ini.

Jelas Anwar, langkah ini bagi memberi mesej berbelanja dengan cermat, susulan kesan ekonomi daripada konflik peperangan antara Amerika Syarikat-Israel dan Iran.

"Ada yang bertanya, kalau keadaan masih terkawal dan barang keperluan seperti minyak dan gas boleh disediakan, apa keperluannya?

"Kita perlu waspada dan berjimat. Ini langkah yang waras supaya kita tidak terjebak dengan keadaan yang lebih parah," katanya.

Tambahnya, kerajaan mahu memberikan teladan yang baik kepada rakyat dengan mengamalkan sikap sederhana dalam perbelanjaan.