Semua dijemput ke sambutan Hari Sabah

21 Aug 2024 • 4:12 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Orang ramai dijemput hadir memeriahkan sambutan Hari Sabah 2024 pada 31 Ogos ini, mulai jam 6 petang.

Sambutan yang berlangsung di Padang Merdeka, di sini akan dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Jeffrey G. Kitingan berkata, sambutan pada tahun ini amat signifikan kerana ia diraikan satu tema dengan Hari Kebangsaan iaitu “Malaysia Madani Jiwa Merdeka”.

“Konsep ini memberikan ruang untuk menerima perubahan yang amat ketara pada kali ini ialah perayaan Hari Sabah disambut bersamaan dengan Hari Kebangsaan.

SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more “Ini juga memberikan kita satu kesedaran tentang maksudnya kemerdekaan iaitu bebas daripada penjajahan.

“Diharapkan perayaan ini akan memberi impak dan kesedaran kepada rakyat terutama sekali tentang pembetulan sejarah yang tercicir seperti apa yang berlaku dokumen MA63 dan proklamasi Malaysia pada 16 September 1963.’’

“Sempena sambutan itu nanti, pelbagai program akan berlangsung bermula 24 Ogos lagi, antaranya konsert, pameran bersejarah, ceramah kemerdekaan, tamu-tamu dan perarakan kereta berhias.

“Oleh itu, semua dijemput hadir bersama-sama memeriah Hari Sabah kali ini,” ujarnya ketika ditemui media selepas sesi temu bual bersama SABAHfm dan rakaman segmen Kami Bah Ini! (KBI) di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi di sini, pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Sabah 2024 berharap generasi muda akan menggunakan peluang kemerdekaan untuk memainkan peranan agar Sabah dan Malaysia lebih maju.

“Generasi muda perlu tahu sejarah dan mereka juga perlu belajar daripada sejarah tentang perjuangan untuk kita yang ada sekarang ini.

“Semoga generasi muda dapat menggunakan peluang ini supaya Sabah dan Malaysia lebih maju dan potensi-potensi kita dapat diusahakan untuk kemakmuran negara kita,” tambah beliau.

Jeffrey turut menjemput orang ramai untuk hadir ke sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2024 yang akan disambut pada sebelah pagi hari yang sama.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.