Semua etnik rakyat Myanmar dihantar pulang

LocalPolitics
6 Oct 2026 • 12:16 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Semua etnik rakyat Myanmar dihantar pulang

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengesahkan semua etnik termasuk Rohingya, Arakan, Karen dan Shan yang dihantar pulang ke Myanmar dalam kalangan 10,000 warga negara itu yang dihantar pulang ke negara asal mereka, setakat ini. 

Beliau berkata, sebahagian warga Myanmar yang dihantar pulang adalah atas inisiatif kerajaan negara itu sendiri melalui pesawat sejak Januari lalu dan penghantaran terakhir adalah kira-kira 1,400 orang melalui kapal tentera laut Myanmar melalui program penghantaran pulang secara sukarela.

“Saya percaya Menteri Luar (Datuk Seri Mohamad Hasan) dan saya, ketika bertemu dengan Presiden, Min Aung Hlaing dalam beberapa hari ini, akan juga bangkitkan isu ini supaya dapat ditangani dengan sebaik mungkin.

“Bagi saya, mana-mana negara yang ingin bawa pulang rakyat mereka dari negara kita, itu kita alu-alukan penghantaran pulang itu bukan Rohingya sahaja,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai), sama ada terdapat etnik Rohingya yang dihantar pulang dalam program penghantaran pulang secara sukarela bagi warga Myanmar.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, sebarang usaha untuk menghentikan peranan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dalam pendaftaran pelarian di negara ini perlu melalui rundingan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beliau menjelaskan peranan yang dimainkan UNHCR adalah isu legasi yang dibenarkan secara rasmi oleh kerajaan terdahulu dan sebarang pindaan peraturan mengenai perkara itu tentunya mengambil masa.

The post Semua etnik rakyat Myanmar dihantar pulang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved