“Semua Indah & Sedap Mata Memandang, Jarang Pakai Baju Pelik” – Merata Ada Tempat Solat, Warga Asing Kongsi Sebab Gembira Menetap Di Malaysia

LocalTravel
17 Jul 2025 • 4:39 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, sebuah keluarga yang berasal daripada Indonesia berkongsikan pengalaman yang digemari selepas mereka menetap di Malaysia di platform TikTok.

Warga Indonesia gembira menetap di Malaysia

Difahamkan daripada perkongsian yang dimuat naik, dirinya serta keluarga memilih Malaysia sebagai negara untuk menetap kerana bahasa yang lebih kurang sama.

Fun fact (fakta menarik), rakyat Malaysia banyak yang faham bahasa kita (Indonesia). Tapi kita banyak tak faham bahasa sini. Bahkan banyak yang tahu bahasa-bahasa perbualan Indonesia macam ‘kamu nanyeak?’

image is not available

Menurut individu yang bernama Imbu itu, hal lain yang membuatkan dia jatuh cinta terhadap negara ini kerana tempah ibadah serta tandas yang mudah dijumpai di mana-mana seperti restoran, shopping mall, kawasan rehat dan rawat (R&R), termasuk taman rekreasi.

Dalam pada itu, tidak kira di mana tempat tinggal, akses untuk mendapatkan makanan protein memang sangat mudah.

Orang Malaysia jarang pakai pakaian pelik, akses makanan sangat mudah

image is not available

Aku tinggal di kawasan yang jauh dari laut, tapi kalau nak masak makanan laut tu tak pernah susah. Pergi pasar semua boleh dapat. Malah pergi pasaraya pun boleh dapat lauk protein pelbagai jenis.

Tambahannya lagi, di Malaysia, jarang untuk dirinya menjumpai rakyat yang memakai pakaian pelik, malah tudung yang digayakan juga kemas serta lawa.

Entah kenapa sejauh aku memandang setiap perjalanan ke kota atau kampung di di Malaysia semua itu indah. Rapi, tak ada asap kenderaan, jarang ada wayar yang menghalang pemandangan jalan, bersih dan sedap mata memandang.

image is not available

Namun begitu, Imbu berkata semua yang diperkatakan hanyalah pandangan peribadinya saja.

image is not available 2025-07-14 16:28:47

Malu Dengan Negara Sendiri, Pelancong India Anggap Malaysia Negara Sempurna - "Tiada Jalan Berlubang, Udara Bersih, Rakyat Mesra.."