Semua iPhone 16, 16 Plus, 16 Pro dan 16 Pro Max Dilengkapi 8GB RAM

TechnologyDigital
10 Sep 2024 • 9:26 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple mungkin masih belum bersedia menyeragamkan penggunaan USB 3 pada kesemua model iPhone 16 tahun ini. Namun begitu mereka telah menyeragamkan saiz RAM pada semua model iPhone 16, 16 Plus, 16 Pro dan 16 Pro Max ke 8GB RAM menurut laporan MacRumors.

image is not available

Tahun lalu sekiranya anda ingat, siri iPhone 15 dilengkapi 6GB RAM manakala siri iPhone 15 Pro pula dilengkapi 8GB RAM. Peningkatan RAM dilakukan bagi membolehkan kemampuan kecerdasan buatan Apple Intelligence digunakan pada keeempat-empat model iPhone 16 tahun ini.

Masih lagi mengecewakan saiz RAM yang ditawarkan kecil jika dibandingkan dengan peranti Android. Pengguna Apple mungkin mengatakan iOS tidak perlukan RAM besar, tetapi hakikatnya ialah harga RAM sekarang sudah murah dan saiz RAM lebih besar hanya menguntungkan pengguna.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved