“Semua Jenis Dengar Mix FM” – Nyanyi Lagu Casablanca, ‘Crowd’ KLFW2022 Palau Nuha & Naufal?

Music
22 Aug 2022 • 11:54 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, lagu Casablanca nyanyian Nuha dan Naufal telah menjadi fenomena serta didengari oleh ramai pihak untuk beberapa bulan dan boleh dikatakan hingga kini lagu terbabit dijadikan sebagai latar muzik di media sosial masing-masing.

Baru-baru ini pula, pasangan duet berkenaan menyanyikan lagu terbabit di pentas peragaan Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW2022).

Bagaimanapun, ada beberapa perkara yang membuatkan mereka menjadi ‘bahan’ kutukan orang ramai dan antaranya adalah orang sekeliling yang duduk di kerusi, sama sekali tidak menghiraukan nyanyian mereka.

Malah, ada juga yang perasan, crowd di KLFW2022 langsung tidak perasaan dengan kewujudan mereka dan sibuk berborak antara satu sama lain.

image is not available

Dalam pada masa yang sama, ada juga netizen berpendapat, lagu Casablanca itu tidak sesuai untuk dinyanyikan di acara sedemikian dan ada beberapa individu bersimpati terhadap Nuha serta Naufal kerana ‘dipalau’.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 19 jam lalu

Didakwa 'Demand' Macam Diva, Aina Abdul Dituduh Sudah Mula 'Naik Tocang'?