Semua Kereta Baharu Di Eropah Perlu Mempunyai Teknologi Penyelarasan Kelajuan Pintar Menjelang 2024

TechnologyDigitalCars
10 Jul 2022 • 1:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

EU kini telah mengeluarkan perundangan baharu, yang akan memerlukan semua kereta yang dijual di Eropah bermula Julai 2024 kelak, mempunyai teknologi had kelajuan pintar, atau ISA (Intelligent Speed Assistance).

Melaluinya, ia merupakan sebuah sistem yang boleh mengenal-pasti had kelajuan sesuatu jalan raya berkenaan, dan melaraskan kelajuan kenderaan semasa supaya tidak melangkauinya.

Sistem ini dijayakan melalui penggunaan beberapa peranti, termasuk kamera dan juga data daripada GPS.

image is not available

Dengan adanya teknologi ini, pemandu akan menerima peringatan, atau kenderaan juga boleh melaraskan kelajuan kenderaan mengikut had laju semasa secara automatik.

Ia dijangka akan mengurangkan kadar kemalangan, selain memastikan pengguna jalan raya kekal selamat dan tidak membawa melebihi had yang dibenarkan.