Semua Khemah Dilarang Pasang, Netizen Mahu Boikot Percutian Ke Port Dickson

LocalTravel
3 Feb 2025 • 3:42 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Khemah Port Dickson

Selepas tindakan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) melarang ‘khemah biru’ di kawasan pantai mendapat sokongan ramai, kini pihak berkuasa telah menguatkuasakan larangan penuh terhadap pemasangan sebarang jenis khemah di 11 pantai sekitar daerah itu.

Menurut laporan Berita Harian, langkah ini menyebabkan ramai pengunjung tidak berpuas hati dan ada yang menyuarakan hasrat untuk memboikot percutian ke Port Dickson!

Penguatkuasaan ketat, khemah perlu segera dikeluarkan

image is not available

Difahamkan, mana-mana khemah yang dipasang akan diarahkan untuk segera ditanggalkan. Jika gagal, pemilik berisiko dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

Keputusan ini mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen. Ramai yang merasakan larangan ini terlalu drastik dan menyusahkan pelancong yang ingin bersantai bersama keluarga.

Netizen mahu boikot percutian ke Port Dickson?

image is not available

Tindakan MPPD ini menerima kritikan hebat di media sosial. Ada yang merasakan keputusan ini tidak masuk akal, terutamanya bagi keluarga yang ingin berteduh daripada panas terik ketika berkelah di pantai.

Bukan tu jer, ada yang menganggap larangan ini akan menjejaskan industri pelancongan di Port Dickson kerana pengunjung mungkin memilih destinasi lain yang lebih mesra pelancong.

#OhmediaNasihat

Pantai merupakan tempat awam yang perlu dijaga untuk keselesaan semua pihak. Namun, setiap peraturan haruslah bersifat adil dan mengambil kira keperluan pelancong. Jika ada ketidakpuasan hati, salurkan maklum balas dengan cara yang betul agar keputusan lebih baik dapat dicapai.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian


The post

appeared first on

.