“Semua lepas” – KA Kongsi Tips Buat Senarai Produk Makanan Yang Dibawa Jika Ke Luar Negara

Entertainment
2 Jan 2024 • 12:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bila melancong atau bercuti di luar negara, sebagai Muslim pasti akan menitikberatkan soal makanan kerana akan mengalami kesukaran untuk mencari makanan halal di negara asing.

Disebabkan itu, ada yang akan membawa bekalan makanan segera untuk dijadikan simpanan jika tidak menjumpai makanan halal di sana.

Namun, sesetengah negara mempunyai kawalan imigresen yang sangat ketat sehingga membawa masuk produk makanan dari dalam negara yang tidak diisytihar juga tidak dibenarkan.

Jika melanggar peraturan mereka, pelancong boleh dipendekkan atau dibatalkan visa kerana gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Khairul Aming kongsi tips barangan tak dirampas

Sehubungan itu, bagi mengelakkan perkara itu berlaku, pempengaruh dan usahawan Khairul Aming (KA) yang sedang bercuti di New Zealand berkongsi tips mudah untuk mengisytiharkan produk makanan yang dibawa ketika melalui pemeriksaan kastam.

Katanya, dia menyenaraikan semua produk bahan masakan dari Malaysia beserta gambar, nama, jenama, bahan dan kuantiti yang dibawa untuk ditunjukkan kepada pegawai kastam di sana.

“Barang-barang makanan yang saya bawa dari Malaysia semua lepas, tak kena buang, tak kena rampas. Benda ni sangat membantu,” ujarnya.

Menurut Khairul Aming, pegawai kastam dan imigresen di sana menyifatkan senarai bahan makakan yang ditulis dalam kertas bersaiz A4 itu memudahkan kerja mereka.

Selain itu, netizen yang pernah melancong ke New Zealand turut menyarankan agar bersikap jujur apabila mengisytiharkan produk makanan yang dibawa ke sana agar perjalanan lebih mudah.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.