Semua Model Samsung Galaxy S25 Akan Menggunakan Cip Snapdragon

TechnologyDigital
19 Jun 2024 • 4:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Berita menarik untuk mereka yang kurang menggemari cip Exynos yang digunakan pada Samsung Galaxy S24 dan Samsung Galaxy S24+. Menurut laporan terkini penganalisa Ming-Chi Kuo, kesemua model Samsung Galaxy S25+ tahun depan akan menggunakan cip Qualcomm berkemungkinan besar dengan nama Snapdragon 8 Gen 4.

Menurut beliau cip Exynos 2500 tidak akan digunakan pada siri Galaxy S tahun depan kerana pengeluar cip 3nm Samsung masih lagi rendah tidak setanding dengan teknologi 3nm yang digunakan oleh TSMC. Kesemua cip Snapdragon 8 Gen 4 dipercayai akan dikilangkan oleh TSMC.

Cip Exynos Samsung masih lagi tidak dapat memberikan persaingan dari segi kuasa berbanding cip Qualcomm. Malahan tahun ini siri S24 dengan cip Qualcomm sepenuhnya hanya dijual di Amerika Syarikat. Penggunaan cip Exynos tidak begitu digemari dan dapat kami lihat sendiri pada komen-komen yang ditinggalkan oleh pembaca Amanz.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved