“Semua Nabi Nabi Diuji Allah. Begitulah Hidup Orang Beriman” – Ebit Lew Sambut ‘Birthday’ Isteri

17 Jun 2023 • 11:30 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Nama pendakwah terkenal Ebit Lew sekali lagi menjadi bualan selepas ada pihak mendakwa gelandangan bertatu yang dibantunya merupakan seorang pempengaruh terkenal di Indonesia.

Susulan itu, ada yang mendakwa Ebit menggunakan agama untuk meraih tumpuan ramai. Namun, setakat ini tiada kenyataan dikeluarkan pendawah berkenaan menjawab tuduhan itu.

Terbaru, Ebit ada memuat naik video meraikan hari jadi isteri tercinta. Apa yang menariknya apabila terdapat tulisan besar di skrin bangunan menyatakan rasa penghargaan Ebit terhadap isteri.

Luahnya, dia berasa sungguh bahagia kerana isterinya, Farah sentiasa ada waktu susah dan senang. Walaupun beribu ujian serta fitnah yang datang, Farah sentiasa tersenyum kerana cukup mengenali suami sendiri.

Walau beribu ujian dan fitnah yang datang dirimu mengenal diriku dan sentiasa tersenyum. Sentiasa kata ujian kerana Allah sayang. Cukuplah Allah bersama kita selamanya. Terima kasih melahirkan anak-anak.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Di akhir ucapan, Ebit meluahkan harapannya agar mereka dapat bersama tak hanya di dunia tetapi di akhirat kelak. InsyaAllah.

Terdahulu, rakan pendakwah Ebit, Ustaz Derry Sulaiman tampil bersuara dan meminta netizen Malaysia untuk berhenti memfitnah dan mengatakan dia dan Mondy menunggang agama untuk content.

image is not available 2 hari lalu

"Saya Orang Indonesia, Saya Tahu Bagaimana Kehidupan Dia" - Kisah Mondy Didakwa Hanya Lakonan, Ustaz Derry Bersuara