“Semua Nabi Nabi Diuji Allah, Begitulah Hidup Orang Beriman” – Ebit Lew Sambut Hari Jadi Bidadari

WorldEntertainment
17 Jun 2023 • 10:07 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Nama pendakwah terkenal Ebit Lew sekali lagi menjadi bualan selepas ada pihak mendakwa gelandangan bertatu yang dibantu beliau merupakan seorang pempengaruh terkenal di Indonesia.

Susulan itu, ada yang mendakwa Ebit menggunakan agama untuk meraih tumpuan ramai. Namun, setakat ini tiada kenyataan dikeluarkan beliau menjawab tuduhan itu.

Terbaru, beliau memuat naik video meraikan hari jadi isteri tercinta. Apa yang menariknya apabila terdapat tulisan besar di screen bangunan menyatakan rasa penghargaan Ebit terhadap isteri.

Luahnya, dia berasa sungguh bahagia kerana isteri, Farah sentiasa ada waktu susah dan senang. Walaupun beribu ujian serta fitnah yang datang, isterinya sentiasa tersenyum kerana cukup mengenali suami sendiri.

Sentiasa kata ujian kerana Allah sayang. Semua Nabi Nabi diuji Allah. Begitulah hidup orang beriman.

Cukuplah Allah bersama kita selamanya. Terima kasih melahirkan anak-anak. 4 kali melahirkan anak. 4 kali mati. Sakit. Allahuakbar.

Di akhir ucapan, Ebit berharap mereka dapat bersama tak hanya di dunia tetapi di akhirat kelak. InsyaAllah.

Kredit: Instagram Ebit Lew

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.