'Semua pasukan dah tak takut dengan City' - Guardiola

FootballSports
25 Jan 2025 • 2:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pep Guardiola - Foto: AFP

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola mengakui pasukan lawan terutama di Liga Perdana Inggeris (EPL) sudah tidak gerun dengan The Citizens.

Menurutnya, pasukan lawan sudah banyak menggunakan taktik 'man marking' sehingga menyukarkan City untuk beraksi seperti sebelum ini.

"Dulu, semua pasukan datang ke Etihad dan bermain secara bertahan. Pasukan pertama yang saya lihat melakukan 'man marking' kepada City adalah Cardiff yang dikendalikan Neil Warnock (pada musim 2018-19). Sekarang semua pasukan melakukan perkara sama.

"Semua pasukan datang ke sini dan melakukan 'man-marking'. Mereka menyasarkan Ederson atau Stefan Ortega (penjaga gol City.

"Kami harus mencari cara berbeza dan lebih bagus ketika menguasai bola. Jika tidak, kami akan kehilangan tempat ke Liga Juara-Juara," katanya.

Pengendali dari Sepanyol itu turut mengambil contoh kekalahan kepada Paris Saint Germain dalam aksi Liga Juara-Juara yang disifatkannya masalah dalam penguasaan bola.

“Kelajuan adalah penting, tetapi menentang PSG kami berlari lebih daripada mereka. Masalah kami adalah dengan bola. Itulah kekurangan kami musim ini.

"Apabila anda mempunyai bola dan anda tidak menghantarnya dengan betul kepada rakan sepasukan, semuanya menjadi sangat sukar," katanya.

Juara bertahan EPL itu gagal mengekalkan aksi konsisten musim ini selepas berada di kedudukan kelima EPL selain turut berada di kedudukan ke-25 dalam saingan Liga Juara-Juara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved