'Semua pemain berjuang sepenuh jiwa'

6 Dec 2022 • 10:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Reaksi Heung-min selepas perlawanan pusingan 16 Piala Dunia Qatar 2022 antara Brazil dan Korea Selatan di Stadium 974, Doha. Foto: EPA

KAPTEN Korea Selatan, Son Heung-min mempertahankan persembahan Taegeuk Warriors selepas kekalahan kepada Brazil dalam pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2022 di Qatar pada awal pagi Selasa.

Sebaliknya bintang kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur itu mengakui bahawa pasukan dari Asia tersebut tidak cukup bagus menyaingi gergasi bola sepak dunia berkenaan.

“Kami telah melakukan yang terbaik tetapi ia adalah perlawanan yang amat sukar. Semua pemain berjuang sepenuh jiwa dengan bangga untuk mencapai tahap ini. Tidak ada keraguan dalam fikiran saya tentang dedikasi dan pengorbanan semua orang.

"Saya hanya boleh memohon maaf kepada peminat kami kerana tidak memenuhi jangkaan mereka.

"Tetapi saya harap mereka semua memahami situasi kami. Semua orang dalam pasukan melakukan yang terbaik untuk membuat persiapan bagi perlawanan ini," kata Heung-min.

Perlawanan di Stadium 974, Doha itu menyaksikan Selecao mengakhiri cabaran Taegeuk Warriors dengan kemenangan 4-1, dengan keempat-empat gol Brazil dijaringkan pada separuh masa pertama, manakala gol saguhati Korea Selatan dijelmakan di separuh masa kedua.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved