Semua pemegang MyKad 18 tahun ke atas terima RM100 seorang

LocalPolitics
23 Jul 2025 • 10:11 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan bahawa setiap rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima RM100 secara one-off melalui MyKad di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Pengumuman itu dibuat sempena inisiatif Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia yang disiarkan secara langsung, bersempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2025.

Menurut Anwar, bantuan tersebut boleh digunakan untuk pembelian barangan asas bermula 31 Ogos hingga 31 Disember 2025.

“Ia boleh dibelanjakan di lebih 4,100 premis termasuk pasar raya seperti Mydin, Lotus, Econsave, 99Speedmart serta kedai runcit di seluruh negara,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa bantuan ini diberikan secara individu, bukan berdasarkan isi rumah.

“Contohnya, satu keluarga yang mempunyai suami, isteri dan dua anak dewasa akan menerima jumlah keseluruhan RM400,” ujarnya.

Kerajaan menjangkakan seramai 22 juta rakyat dewasa bakal menerima manfaat daripada bantuan ini, melibatkan peruntukan sebanyak RM2 bilion.

“Dengan pelaksanaan ini, jumlah keseluruhan peruntukan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA untuk tahun 2025 meningkat daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion.

“Inilah buat pertama kalinya dalam sejarah, bantuan tunai diberikan kepada semua rakyat dewasa tanpa pengecualian,” jelas Anwar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved