Semua Perlu 'Alert', Ini Laluan Yang Ditutup Bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Di Putrajaya

27 Aug 2026 • 12:21 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Semua Perlu 'Alert', Ini Laluan Yang Ditutup Bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Di Putrajaya

Menjelang sambutan Hari Kebangsaan yang bakal berlangsung, Putrajaya pastinya menjadi antara lokasi tumpuan apabila ribuan pengunjung dijangka hadir untuk menyaksikan pelbagai acara dan kemeriahan sambutan.

Namun, dalam keseronokan meraikan detik istimewa itu, orang ramai khususnya pengguna jalan raya perlu lebih peka dengan keadaan trafik di sekitar pusat pentadbiran negara.

Beberapa laluan akan ditutup atau mengalami sekatan bagi memastikan kelancaran perjalanan serta keselamatan sepanjang sambutan Hari Kebangsaan Ke-69.

Jadi, sebelum keluar rumah, jangan lupa semak laluan yang terlibat supaya perjalanan lebih lancar dan tidak tersangkut dalam kesesakan.

Menurut perkongsian Perbadanan Putrajaya di Facebook, penutupan jalan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 di Putrajaya akan dilaksanakan secara berperingkat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Perbadanan Putrajaya bagi melancarkan perjalanan raptai serta acara kemuncak yang berlangsung di Dataran Putrajaya.

Laluan yang ditutup bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 di Putrajaya

Image from: Semua Perlu 'Alert', Ini Laluan Yang Ditutup Bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Di Putrajaya
Kredit: Facebook Perbadanan Putrajaya
  • Raptai skeleton

Bagi raptai skeleton pada 26 hingga 28 Ogos 2026, Persiaran Perdana dari Jalan Kemerdekaan hingga Lebuh Bestari akan ditutup sepenuhnya.

  • Sesi raptai

Sementara itu, bagi sesi raptai pada 28 dan 29 Ogos, bermula 6 pagi hingga 12 tengah hari, sebanyak lapan laluan akan terlibat iaitu Dataran Putra, Persiaran Perdana, Laman Perdana, Jalan P2a, Jalan P2t, Jalan P2s, Jalan P2w dan Jalan P2y.

  • Acara kemuncak

Bagi acara kemuncak pula, penutupan penuh Core Island akan dilaksanakan bermula 5 pagi pada 30 Ogos hingga 6 petang pada 31 Ogos.

Dalam tempoh berkenaan, lima jambatan iaitu Jambatan Seri Wawasan, Jambatan Seri Saujana, Jambatan Seri Gemilang, Jambatan Putra dan Jambatan Seri Ehsan akan ditutup.

Selain itu, beberapa jalan turut terjejas termasuk Lebuh Bestari, Lebuh Setia, Lebuh Saujana, Lebuh Gemilang, Lebuh Wawasan, Lebuh Sentosa, Jalan Tun Hussein, Persiaran Barat dan Persiaran PSSAAS.

Akses keluar masuk penduduk Core Island dan Presint 18 pula hanya dibuka melalui Jambatan Seri Bestari dan Jambatan Seri Setia sepanjang tempoh penutupan berkenaan.

Baca juga:

Panduan kepada orang ramai

Orang ramai turut diingatkan bahawa Wilayah Persekutuan Putrajaya merupakan kawasan larangan penerbangan dron tanpa kelulusan pihak berkuasa penerbangan awam, CAAM.

Perbadanan Putrajaya turut menggalakkan orang ramai menggunakan bas ulang-alik percuma yang disediakan serta merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan.

Pengguna jalan raya juga diminta mematuhi arahan pihak berkuasa dan tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan atau kawasan larangan.

Orang ramai disaran merujuk aplikasi Waze untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan laluan yang terjejas.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi talian Hotline Polis Putrajaya di 03-8886 2222 dan Polis Kuala Lumpur di 03-2115 9999.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved