Semua PPS ditutup, banjir gelombang pertama di Kelantan pulih

LocalEnvironment
9 Dec 2024 • 9:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Banjir gelombang pertama yang melanda Kelantan pulih apabila semua PPS ditutup sepenuhnya jam 8 malam Isnin. Infografik APM Kelantan

KOTA BHARU - Banjir gelombang pertama yang melanda Kelantan pulih sepenuhnya apabila semua pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri itu ditutup pada jam 8 malam, Isnin.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) To'Deh menjadi lokasi terakhir yang ditutup.

Perkara tersebut dikongsi oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan di laman sosial Facebooknya.

Pengarah APM Kelantan, Mohd Adzhar Mujab berkata, kesemua PPS itu ditutup secara rasmi pada jam 8 malam.

"Alhamdulillah banjir sudah pulih sepenuhnya dan semua PPS telah ditutup," katanya kepada pemberita.

Banjir gelombang pertama merekodkan seramai 118,326 mangsa melibatkan 10 daerah bermula 25 November lalu.

Sebanyak 318 PPS telah dibuka dan menempatkan 36,613 keluarga.