Semua Pusat Pemindahan Sementara di Sabah ditutup

21 Jan 2025 • 2:11 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Patimang Abdul Ghani

PITAS: Semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sabah ditutup pada Isnin, dengan tiga lagi PPS di sini yang menempatkan seramai 816 mangsa banjir terdiri daripada 311 ketua isi rumah (KIR), ditutup pada jam 2 petang Isnin berikutan paras air banjir dan cuaca semakin baik.

Penolong Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pitas, Asdi@Mohd Faizal Hussin berkata, ketiga-tiga PPS itu ialah PPS Sekolah Kebangsaan Pekan II, PPS SK Salimpodon Darat dan PPS Dewan Kampung Kusilad.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Mereka yang terlibat merupakan penduduk dari beberapa kawasan, antaranya Kampung Sibaung, Taka, Bawang, Pondoi, Kemiri, Kerasik, Sinsilog, Pinggan-Pinggan, Sinasak Batu, Barasan, Linggisan, Gailun Darat, Mantus Darat dan Kampung Kusilad.

Sementara itu di Paitan, berdasarkan maklumat daripada JPBD, lima PPS yang menempatkan 472 mangsa banjir yang terdiri daripada 125 KIR juga ditutup pada jam 2 petang Isnin.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more PPS tersebut ialah PPS Pusat Komuniti Masyarakat Daerah Paitan, PPS Masjid Kampung Simpangan, PPS SK Lubang Buaya, PPS Gereja PCS Kampung Purubatu, dan PPS Dewan Binsulung.

Hasil pemantauan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Paitan di beberapa kawasan banjir mendapati air mulai surut dan keadaan cuaca juga cerah.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Sejak Jumaat, APM Paitan, Pejabat Daerah, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) telah menghantar keperluan bekalan makanan, bantal dan tilam ke semua PPS, manakala Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan pemeriksaan kebersihan dan semburan asap di PPS Gereja PCS Kampung Purubatu.

Pada Ahad, empat PPS di daerah ini ditutup kira-kira jam 4 petang Ahad sebaik sahaj 368 mangsa dibenarkan pulang.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});PPS yang ditutup pada Ahad ialah Balai Raya Kampung Lugu, PPS Rumah Sonsogon Kampung Sosop Bai, PPS Rumah Budaya Kampung Mandamai dan PPS Sekolah Kebangsaan Dandun.