“Semua Sekadar Gimik & Marketing, Hujung-Hujung Jual Produk!” - Michael Ang Siap Buat List! Takkan Percaya Konten Mengarut

2 Oct 2024 • 10:25 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pengarah, Michael Ang menyatakan selepas ini dia tidak lagi akan percaya dan tertipu dengan konten-konten disifatkan sebagai mengarut di media sosial.


Konten mengarut

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Michael berkata kebanyakkan konten di media sosial kini hanyalah sekadar gimik dan marketing untuk melariskan produk perniagaan mereka.

Konten-konten itu termasuklah isu rumah tangga seperti bercerai, curang dan juga berkahwin lain.

“Tipah sungguh tertipu! Mulai sekarang konten satu, gertak-gertak ajak jumpa kalau berani macam nak gaduh-gaduh.

“Dua, nak cerai buat karangan dengan berlambak ejaan salah lepas tu cuci dirty laundry dekat public. Tiga, konten menangis dekat kubur dan rasa satu dunia salah kan dia.

“Empat, kahwin dua sebab takdir lah dan bini nombor satu bagi. Lima, kutip derma untuk membantu sesama Islam.

“Aku takkan percaya dah, semua sekadar gimik dan marketing! Hujung-hujung jual produk!” tulisnya.

        View this post on Instagram                      

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

 

 

 

 

 



Sementara itu, diruangan komen rata-rata netizen bersetuju dengan Michael dan mereka juga turut menambah senarai konten yang dianggap mengarut itu.

Terdahulu, terdapat beberapa isu hangat berkaitan rumah tangga yang dilalui oleh pasangan pempengaruh antaranya Aisyah Hijanah, Aliff Teega dan yang terbaharu, Jofliam serta isterinya, Cik Epal.

Kisah mereka ini menjadi tular dan turut hangat dibincangkan di media sosial.

View Original Article