Di aplikasi X, tular video seorang individu menegur tindakan majoriti umat Islam yang didakwa mengabaikan larangan Allah SWT demi nak sihat.
Individu tersebut difahamkan merakam video keadaan di sekitar Kuala Lumpur sempena KL Car Free Morning pada setiap Ahad.
Dapat dilihat orang ramai bersenam dengan cara jogging, berbasikal dan brisk walk sama ada bersendirian ataupun bersama keluarga.
Individu itu meluahkan ramai orang pada hari ini berpusu-pusu nak sihat tetapi kesihatan sebenarnya adalah kurniaan Allah SWT.
Ko rakam lepas tu ko sebar apa pula hukumnya ? pic.twitter.com/hj19p2sVlJ
— 요시로 왕자 (@Cool_Wannabe82) February 24, 2024
Jelas individu ini lagi, tak salah menjaga kesihatan diri tetapi orang pada hari ini telah mengabaikan pantang larang agama contohnya tidak berpakaian sopan.
Majoriti orang Islam datang sini semua tak jaga aurat. Walaupun mereka bertudung, tapi apa pakaian mereka? Ketat-ketat. Allahuakbar. Dan sebenarnya ramai yang tidak solat.
Dakwa individu tersebut, masjid kosong je dan ada yang tak solat apabila mula berlari seawal 5 pagi. Difahamkan, video telah dimuat naik di TikTok dan dikongsi semula seorang pengguna di aplikasi X.
Kredit: X @Cool_Wannabe82




