Ini Senarai 15 iPad Yang Akan Menerima iPadOS 17

TechnologyDigital
6 Jun 2023 • 4:25 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sistem operasi iPadOS 17 diperlihatkan pagi ini dengan ia mempunyai pelbagai ciri yang sama dengan yang diberikan kepada iOS 17 seperti skrin kunci yang boleh diperibadikan, cara baharu menyeru Siri, sokongan PDF yang lebih baik, aplikasi Health dan banyak lagi.

image is not available

Pasti ramai pemilik iPad yang tertanya-tanya sama ada tablet mereka akan menerima kemas kini ke iPadOS 17. Bagi menjawab persoalan ini, Apple telahpun memberikan senarai lengkap 15 model iPad yang disokong seperti di bawah.

  1. iPad Pro Gen 2
  2. iPad Pro Gen 3
  3. iPad Pro Gen 4
  4. iPad Pro Gen 5
  5. iPad Pro Gen 6
  6. iPad Air Gen 3
  7. iPad Air Gen 4
  8. iPad Air Gen 5
  9. iPad Gen 6
  10. iPad Gen 7
  11. iPad Gen 8
  12. iPad Gen 9
  13. iPad Gen 10
  14. iPad mini Gen 5
  15. iPad mini Gen 6