CIMB hari ini telah mula memaklumkan semua pengguna mereka, menyatakan yang mana sebarang transaksi CIMBClicks, termasuk transaksi FPX akan memerlukan pengesahan berasaskan SecureTAC. Dengan langkah ini, tiada lagi SMS akan dihantar, dan pengguna perlu melakukan pengesahan sesuatu transaksi menggunakan aplikasi CIMB Clicks atau CIMB OCTO.

Seperti ramai sedia maklum, pihak CIMB sedia melakukan peralihan ke SecureTAC secara berperingkat. Selepas memperkenalkan ia untuk suatu amaun transaksi, kini akhirnya ia diperkenalkan sepenuhnya untuk semua transaksi perbankan CIMB Clicks.
Pihak CIMB menyatakan ini adalah sebahagian langkah dalam menguatkan lagi sekuriti perbankan, dan lebih melindungi pengguna.

Bagi anda yang menggunakan CIMB Clicks, boleh mengaktifkan ciri SecureTAC melalui aplikasi CIMB Clicks atau CIMB Octo di App Store, dan Google Play Store.
- Sumber
- CIMB
