Maybank Akan Guna Secure2U Untuk Kod MSOS Kad Kredit Dan Debit, Bermula 1 Julai 2023

TechnologyDigital
10 May 2023 • 11:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Maybank kini memaklumkan para pengguna kad kredit dan kad debit mereka, menyatakan akan menggunakan sepenuhnya ciri Secure2U sebagai ganti kepada penggunaan kod MSOS bagi transaksi atas talian, bermula 1 Julai 2023.

Seperti ramai sedia maklum, untuk transaksi atas-talian, kadang-kala kod MSOS akan diperlukan, bagi memastikan pihak pemilik sebenar yang melakukan transaksi. Kini, dengan peralihan kepada Secure2U secara berperingkat melibatkan pelbagai transaksi, Maybank turut akan menggunakan ciri Secure2U sebagai ganti kepada kod MSOS.

image is not available

Maybank turut menyatakan langkah ini akan terus menambah-baik lagi keselamatan kad para pengguna daripada scam-scam melibatkan SMS.

Bagi anda yang menggunakan Maybank, boleh mengaktifkan Secure2U dan bersedia untuk peralihan ini. Hal ini juga kerana tempoh pengaktifan untuk Secure2U mengambil masa 12-jam sebelum diaktifkan buat pertama kali melalui aplikasi MAE.