Semua Video YouTube Akan Dialih Bahasa Secara Automatik Dalam Masa Lima Tahun

TechnologyDigital
21 Apr 2025 • 9:23 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

YouTube sudahpun mempunyai ciri video dialih bahasa secara automatik menggunakan kecerdasan buatan (AI) selepas sebelum ini memerlukan ia dilakukan secara manual. Namun ciri ini hanya diberikan kepada pengeluar kandungan terpilih dalam Bahasa Inggeris sahaja terlebih dahulu. Dalam temubual bersama Bloomberg, timbalan presiden YouTube mengatakan semua video di platform akan dialih bahasa secara automatik dalam masa lima tahun lagi.

image is not available

Video akan dialih bahasa menggunakan suara asal pemilik saluran yang akan membuatkan ia sukar dibezakan daripada video asal. Sistem yang digunakan sekarang menggunakan suara AI yang kami rasakan membuatkan kandungan terasa canggung dan membuatkan kami lebih gemar mengaktifkan sahaja sari kata.

Google telahpun menggunakan video yang dimuat naik ke YouTube untuk melatih model AI mereka seperti Veo yang baru sahaja dilancarkan minggu lalu. Dengan data ratusan juta video yang kini di dalam pustaka mereka, proses menghasilkan AI yang lebih baik menjadi semakin mudah kerana jutaan lain video dimuat naik setiap hari.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved