“Semua Yang Berlaku Ada Hikmah” - Bekas Suami Irma Hasmie

20 Jun 2024 • 8:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Bekas suami kepada pelakon Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan meluahkan rasa gembira apabila dapat meluangkan masa bersama dua cahaya matanya, Syed Irfhan dan Irma Nur Naylie.

Ucapan Terima Kasih

Menerusi hantaran di Instagram, Redza mengucapkan terima kasih kepada dua anak dan isteri iaitu Fiza atau dikenali sebagai Cacha Salim kerana menjadi sumber kekuatan diri.

 

"Alhamdulillah, dapat meluangkan masa bersama keluarga, mengeratkan hubungan, bina kualiti masa dan perhubungan.

 

"Semua yang berlaku ada hikmah. Terima kasih dan saya sangat hargai baby (panggilan isteri), abang Irfan (anak sulung) dan kak Naylie (anak bongsu) kerana menjadi sumber kekuatan untuk daddy. Semoga kita bersyukur sentiasa, insya-Allah,” katanya.

Kongsi Foto Keluarga

Pada perkongsian yang sama, Redza turut berkongsi beberapa keping foto memaparkan momen mereka sekeluarga ketika bercuti dan berkelah.

 

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas mendoakan kebahagian buat Redza dan keluarganya.









 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved