“Senang betul hidup” – Terakam Dalam CCTV, Individu Kantoi Selamba Curi ‘Parcel’ Orang Lain

Entertainment
15 Sep 2023 • 3:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mencuri itu bukan sahaja menyusahkan orang lain malah ia juga merupakan salah satu kesalahan dan boleh dianggap sebagai jenayah.

Terbaru, tular di X(Twitter) memaparkan sebuah video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang individu bertindak mencuri bungkusan (parcel) yang diletakkan di tembok pagar sebuah rumah.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Klang, Selangor itu terjadi kira-kira jam 5.30 petang, berdasarkan rakaman CCTV berkenaan.

Video tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna X @jllmisai yang difahamkan diperolehinya daripada salah seorang pengikutnya.

“Senang betul hidup. Kerja malas, tapi pusing taman rembat parcel orang. Hati-hatilah penduduk Klang terutama Teluk Gadong Besar tu, penyamun ni masih belum ditangkap,” tulisnya.

Selain itu, daripada hasil carian nombor plat kenderaan berkenaan, difahamkan kereta tersebut berada di atas nama seorang yang berpangkat Dato’, menurut pengguna X itu berkemungkinan besar kereta itu dibeli dari orang lain tetapi nama masih belum ditukar.

Hati-hati geng! Merana oo kalau parcel hilang!

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.