“Senang kerja!” – Mesin Rumput Dipasang Pada Kerusi Roda, Inovasi Wanita Ini Dipuji Netizen

Entertainment
21 Jun 2024 • 12:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dalam arus teknologi zaman sekarang, tak dinafikan banyak benda yang telah diinovasi bagi memudahkan kerja harian terutamanya pekerjaan tersebut memerlukan banyak tenaga dan boleh memenatkan badan.

Satu video perkongsian oleh @halidali269 di TikTok membuktikan tidak semua benda perlu dibeli baharu melainkan ia boleh diubah suai sedikit dan boleh menyenangkan kerja.

Inovasi pasang mesin rumput pada kerusi roda

Kebiasaannya, orang yang memotong rumput perlu memikul kotak mesin pemotong yang agak berat di belakang badan, namun cara yang berbeza digunakan oleh seorang wanita ini apabila dia telah memasang mesin pemotong rumput pada kerusi roda.

Sama seperti penolak kerusi roda, wanita itu berdiri di belakang dan hanya mengawal bilah pemotong rumput. Cara itu nampak lebih efisien kerana memudahkan kerja tanpa perlu bersusah-payah membawa mesin itu ke sana sini.

Rimbunan rumput yang ada di kawasan itu juga lebih mudah untuk ditebas. Walaupun banyak mesin rumput jenis tolak dijual di pasaran, cara ini dapat menjimatkan kos.

Netizen kagum lihat inovasi

Melihat video tersebut, rata-rata netizen berasa kagum kerana inovasi mesin pemotong rumput yang dipasang pada kerusi roda. Mereka memuji kreativiti yang ditonjolkan oleh pemilik.

image is not available

Walaupun wujud netizen yang mungkin tidak berpuas hati dengan inovasi tersebut, ada netizen lain tampil back up wanita itu.

image is not available

image is not available

Eh kreatif betul mak cik ni!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article