“Senangnya dapat” – Pemain Bola Sri Pahang FC Dapat Kerakyatan Malaysia, Netizen Kurang Setuju?

Entertainment
1 Sep 2022 • 1:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, pemain tengah kelab bola sepak Sri Pahang FC, Lee Andrew Tuck atau Lee Tuck mengumumkan bahawa dia kini telah mendapat kewarganegaraan Malaysia selepas 5 tahun beraksi di negara ini.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Lee meluahkan rasa syukurnya akan hal tersebut dan mengakui melalui liku-liku sukar dalam mencapai apa yang dimilikinya sekarang.

Hari ini saya akhirnya dan secara rasmi boleh mengatakan bahawa saya warganegara Malaysia.

“Saya sangat bersyukur mendapat kerakyatan Malaysia. Ia satu perjalanan yang mencabar dengan melakukan pelbagai pengorbanan untuk capai ke tahap ini tetapi ia adalah satu peluang yang saya tidak boleh menolaknya,” kata Lee.

“Rasa unfair pada ibu warganegara Malaysia yang anak tak dapat kerakyatan”

Walau bagaimanapun, berita gembira yang dikongsikan Lee Tuck ini mendapat pelbagai respon daripada netizen yang mana rata-rata kurang senang dengan status kerakyatan yang diperolehinya.

Ada yang mengatakan bahawa pemain bola sepak dengan mudahnya boleh mendapat kerakyatan manakala kanak-kanak yang mana ibu mereka warganegara Malaysia tetapi berkahwin dengan orang luar pula mengalami kesusahan untuk memilikinya.

image is not available

Apa-apapun ini cuma pendapat netizen dan admin ucapkan tahniah kepada Lee Tuck kerana mendapat kerakyatan. Harap dapat mencurahkan taat setia dan bakti buat negara ini dengan seikhlasnya.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.