“Senangnya!” – Doktor Kongsi Cara Senyapkan Bayi Baru Lahir Menangis Dengan Mudah [Video]

Family & Parenting
7 Sep 2023 • 6:13 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Memasuki alam bergelar ibu bapa yang baru bukanlah sesuatu yang mudah, pelbagai perkara baharu dalam menjaga bayi yang perlu dipelajari seperti menukar lampin, membancuh susu, atau cara untuk menidurkan.

Apa yang lebih rumit, tangisan bayi semestinya mempunyai sebab tertentu dan harus difahami oleh ibu bapa. Jika tidak pandai mengawalnya, pasti tangisan si kecil itu akan semakin berpanjangan.

Doktor ajar cara hentikan tangisan bayi baru lahir

Susulan itu, seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Tan dari Hospital Lam Wah Ee, Pulau Pinang telah mengajarkan cara mudah untuk menghentikan tangisan bayi yang baru lahir.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @nrliyana96, kedengaran bayi tersebut pada awalnya sedang menangis.

Angkat letak kepala bayi di dada dan gerakkan badan kanan kiri

Namun, Dr Tan kemudiannya mengangkat dan meletakkan kepala bayi tersebut di dada sebelum menggerakan badannya ke kiri dan kanan.

Apa yang mengejutkan, cara tersebut dilihat berkesan apabila bayi berkenaan secara serta-merta berhenti daripada menangis.

Menurut Dr Tan, cara tersebut berkesan kerana bayi yang berada di dalam perut ibunya akan mengikuti gerakan kiri dan kanan semasa sedang berjalan.

Siap kongsi cara pujuk bayi lapar yang sedang tidur dan ingin menyusu

Dalam pada masa sama, beliau juga mengajar cara untuk mengejutkan bayi yang sedang menangis kerana inginkan susu semasa sedang tidur.

Caranya, bayi ‘newborn’ itu mestilah dipegang di bahagian belakang leher dan bawah punggung, kemudian gerakkan ke atas dan bawa ke hadapan.

Dengan teknik itu, bayi yang sedang menangis tadi akan membuka mulut secara sendiri dan ibunya boleh mula memberi susu.

Netizen beri komen lucu dan puji perkongsian ilmu doktor tersebut

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi menghiburkan selepas melihat video tersebut.

Malah, ada yang memberi pujian kepada doktor terbabit kerana sudi berkongsi ilmu cara untuk menghentikan tangisan bayi.

image is not available

image is not available

image is not available

Source: