“Macam tu je rupanya…” – Doktor Kongsi Cara Senyapkan Bayi ‘Newborn’ Menangis

Family & Parenting
7 Sep 2023 • 4:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pasti para ibu di luar sana dah guna banyak cara untuk senyapkan bayi mereka yang menangis. Ada yang guna cara tradisional, ada juga yang mempraktikkan cara moden.

Semalam, viral di TikTok @nrliyana96 yang berkongsi video seorang doktor berbangsa Cina dari Hospital Lam Wah Ee, Pulau Pinang menunjukkan cara untuk senyapkan bayi newborn menangis.

Menerusi video itu, bayi baru lahir tersebut sedang menangis dan apa yang dilakukan oleh doktor itu, beliau meletakkan kepala bayi tersebut di dada dan gerakkan badan kiri ke kanan lalu bayi itupun berhenti menangis.

Tambah beliau, ketika bayi berada dalam perut, ibunya berjalan kiri dan kanan. Maka bayi itu juga perlu digerakkan ke kiri dan kanan.

Selain itu, doktor tersebut juga menunjukkan cara pujuk bayi yang menangis mahukan susu.

Caranya, bayi tersebut mestilah dipegang di bahagian belakang leher dan bawah punggung, gerakkan ke atas dan bawah, lalu gerakkan pula ke hadapan. Apabila bayi itu sudah membuka mulut, ibu bayi boleh mula memberi susu.

Dalam perkongsian tersebut, ada netizen memuji doktor berbangsa Cina ini fasih berbahasa Melayu selain mempunyai kepakaran dalam bidangnya.

image is not available

Namun begitu, apa yang menghiburkan ada juga netizen yang tinggalkan komen lucu di video tersebut.

image is not available

Sumber: TikTok

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.