Senarai Bantuan Kerajaan / Pengumuman Minggu Ini (2 Feb 2026)

LocalPolitics
2 Feb 2026 • 12:40 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Jom kita recap balik semua bantuan & insentif oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk minggu ini, 2 Februari 2026..

Minggu ini, pelbagai pengumuman dan insentif kerajaan yang telah diumumkan bagi minggu ini, antaranya Bantuan Geran padanan Kenderaan Lama MOT, pengumuman keputusan STAM, pengambilan Guru KPM, pendaftaran Tahun 1 Sesi 2027, dan juga Bantuan SARA Untuk Semua yang akan diagihkan tak lama lagi, iaitu mulai 9 Februari 2026. Berikut senarai lengkap pengumuman, bantuan & insentif untuk minggu ini supaya anda tidak terlepas peluang untuk memohon sebelum tarikh tutup!

1. SARA Bulan Februari & SARA Untuk Semua

Untuk makluman, bantuan MyKasih bagi penerima SARA bulanan telahpun dikreditkan bermula 1 Februari 2026 yang lalu untuk penerima yang layak.

image is not available
image is not available

Sementara itu, rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas juga bakal menerima Bantuan Penghargaan SARA Untuk Semua pada 9 Februari nanti.

image is not available

Semakan status pengkreditkan boleh dilakukan sehari sebelum, iaitu bermula 8 Februari nanti di laman web MyKasih.

image is not available

2. Pengumuman Keputusan STAM

Keputusan STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) bagi peperiksaan tahun 2025 akan diumumkan pada 5 Februari 2026 (Khamis) sehingga pukul 6:00 petang pada 11 Februari 2026 (Rabu).

  • Semakan boleh dibuat dengan 2 kaedah berikut : secara atas talian atau menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS).
    • Semakan keputusan STAM 2025 anda secara online menerusi pautan rasmi https://myresultstam.moe.gov.my
    • Semakan secara SMS boleh dibuat dengan menaip STAMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888 
  • Sistem semakan ini akan dibuka mulai pukul 10:00 pagi pada 05 Februari 2026 (Khamis) sehingga pukul 6:00 petang pada 11 Februari 2026 (Rabu).
image is not available

3. Pengambilan 20,000 Guru KPM

Berita baik untuk yang berminat nak jadi cikgu!

Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan inisiatif pengambilan 20,000 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 baharu secara Contract of Service (CoS) bagi memenuhi keperluan guru di sekolah-sekolah seluruh negara.

Permohonan akan dibuka bermula 2 Mac hingga 20 Mac 2026 menerusi laman web SPP iaitu https://myspp.spp.gov.my/.

image is not available

Taraf perjawatan bagi mereka yang terpilih adalah secara Contract of Service (CoS). Calon terpilih perlu menjalani latihan ikhtisas di Institusi Pendidikan Guru KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan.

Antara syarat kelayakannya (rujuk gambar di bawah) :

image is not available

Nak tahu lebih lanjut, boleh rujuk artikel ni : Pengambilan 20,000 Guru KPM Gred DG9: Tarikh & Cara Mohon

4. Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2027

Kepada ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak akan bersekolah Tahun 1 pada sesi 2027, jangan lupa standby dan save tarikh penting ni – 15 Februari hingga 31 Mac 2026. Kenapa? Dalam tempoh ini, tempoh pendaftaran akan dibuka secara atas talian melalui Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan (MOEIS) di https://idme.moe.gov.my.

Tahun ni lain sikit ya, pendaftaran Tahun 1 adalah terbuka kepada anak-anak berumur 5 dan 6 tahun. Ia selaras dengan keputusan Kerajaan untuk membuka peluang kepada kanak-kanak berusia enam tahun (5+) memasuki Tahun 1 bermula pada 2027 secara sukarela dan tanpa perlu menduduki ujian saringan.

image is not available

Berikut dikongsikan Soalan Lazim (FAQ) oleh KPM mengenai pendaftaran tahun 1 sesi 2027 : Soalan Lazim (FAQ) Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2027 KPM

5. Rebat RM2000-RM4000 ‘Trade-In’ Beli Kereta Baru

Kerajaan MADANI melalui Kementerian Pengangkutan memperuntukkan RM10 juta bagi membantu 5,000 pemilik kenderaan lama berusia lebih 20 tahun beralih kepada kenderaan baharu yang lebih selamat, cekap tenaga dan mesra alam.

  • Penerima layak akan menikmati geran padanan sehingga RM2,000 daripada Kerajaan yang dipadankan oleh pengeluar kenderaan tempatan.
  • ⁠Inisiatif ini mencerminkan komitmen MADANI dalam meningkatkan keselamatan jalan raya, mengurangkan risiko kemalangan serta memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
image is not available

Nak tahu lebih lanjut, sila rujuk artikel berikut: Geran Padanan Penggantian Kenderaan Lama MOT – Insentif Hingga RM4,000

6. Semakan Wang Tak Dituntut Kini Boleh Dibuat Melalui MyGov

Dalam minggu lalu, media sosial dibanjiri dengan perkongsian Wang Tak Dituntut yang boleh disemak dengan mudah dalam aplikasi MyGov. Ramai dapat rezeki terpijak katanya!

Apakah Wang Tak Dituntut ni sebenarnya? Ia merupakan sejumlah wang milik mana-mana individu atau syarikat sama ada dalam bentuk simpanan, dividen, tuntutan insurans, bank draf atau sebagainya yang tidak dituntut oleh pemiliknya dalam satu tempoh melebihi dari tujuh (7) tahun.

Selain melalui portal eGUMIS, anda kini boleh membuat semakan wang tak dituntut melalui aplikasi MyGOV.

image is not available

Paparan menunjukkan ada wang yang tak dituntut. Anda boleh membuat tuntutan secara online dengan mengemukakan dokumen pengesahan.

Nak tahu step-by-step untuk buat semakan wang tak dituntut, anda boleh rujuk dalam artikel ini : Cara Semakan Wang Tak Dituntut – eGUMIS & MyGOV

7. Fleksibiliti Baharu Pembaharuan LKM Kenderaan e-Hailing Mulai 30 Januari 2026

Kerajaan MADANI melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terus komited menambah baik kesejahteraan rakyat dengan menyelaraskan penetapan kadar fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan perkhidmatan e-Hailing.

  • Pemilik kenderaan e-Hailing kini dibenarkan memperbaharui LKM untuk tempoh lebih fleksibel antara 1 hingga 12 bulan
  • Kadar fi terkumpul bagi tempoh 1 hingga 5 bulan tidak melebihi kadar 6 bulan
  • Pembaharuan tertakluk kepada tempoh sah eVP, pemeriksaan PPKM dan perlindungan insurans
image is not available
image is not available

Langkah ini memberi kemudahan kepada pengusaha e-Hailing sekali gus memastikan pematuhan peraturan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap.

Inisiatif ini selari dengan semangat Malaysia MADANI yang menekankan kecekapan serta kesejahteraan untuk semua.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel berikut: Lesen e-Hailing: Tempoh Pembaharuan & Kadar Fi LKM 2026

Follow Untuk Update Terkini & Share Info Ni

Kalau anda rasa artikel ni berguna, share dengan keluarga, rakan atau jiran supaya mereka juga dapat manfaat daripada bantuan kerajaan minggu ini. Jom follow kami supaya tak terlepas bantuan & insentif yang menarik untuk semua.