Bagi anda yang gemar membeli barangan secara dalam talian, terdapat beberapa kad kredit yang membolehkan anda menikmati pelbagai promosi istimewa apabila anda membeli di laman Shopee dan Lazada.
Platform seperti Shopee dan Lazada bukan sahaja menawarkan pelbagai barangan, malah sering mengadakan promosi besar-besaran seperti 9.9, 11.11 dan 12.12.
Bagi mereka yang gemar berbelanja di platform ini, memiliki kad kredit yang sesuai boleh memberikan pelbagai kelebihan seperti cashback, mata ganjaran, dan diskaun eksklusif.
Namun begitu, memilih kad kredit “terbaik” bukanlah semudah A, B, C kerana anda perlu memahami cara ia berfungsi, had dan syarat-syarat, serta ciri-ciri bonus yang ditawarkan.
Fungsi kad kredit untuk shopping online
Bagi pengguna tegar Shopee & Lazada atau kaki Shopee / Lazada, menggunakan kad kredit yang menyokong pulangan wang (cashback), mata ganjaran (reward points) atau diskaun istimewa boleh menjadikan perbelanjaan dalam talian lebih berbaloi.
Namun, tidak semua kad kredit mempunyai tawaran yang sama, ada yang menawarkan pulangan tinggi di kategori dalam talian, ada pula yang lebih sesuai untuk kegunaan umum.
Bagi kaki Shopee dan Lazada, anda boleh menggunakan beberapa jenis kad kredit yang dikeluarkan khas oleh bank seperti Citi Lazada Platinum dan Maybank Shopee yang memang direka khas untuk platform tersebut.
Baca lagi: Kad Kredit Reward Points vs Cashback: Kekurangan & Kelebihan
Kad Kredit Terbaik untuk Kaki Shopee & Lazada
Sebelum membuat pilihan, semak dengan teliti maklumat setiap kad kredit seperti kadar pulangan untuk kategori dalam talian, had maksimum, yuran tahunan, syarat minimum perbelanjaan dan terma pengecualian.
Pastikan anda memilih kad yang sepadan dengan corak pembelian dan gaya hidup anda.
1. Maybank Shopee Visa Platinum

- Dapat sehingga 5× Shopee Coins untuk pembelian di Shopee / kategori yang layak.
- Tiada yuran tahunan (lifetime waiver)
- Tawaran “welcome” (contohnya 5,000 Shopee Coins selepas perbelanjaan tertentu)
- Integrasi langsung dengan “Shopee ecosystem” untuk penebusan syiling dan baucar
Untuk maklumat lanjut mengenai kad kredit istimewa untuk kaki Shopee ini, layari laman web Maybank.
2. Lazada UOB Card

- Voucher Eksklusif Lazada khusus yang disediakan untuk ahli kad sahaja.
- RM28 Voucher Setiap Hari Isnin: Setiap hari Isnin, ada baucar potongan RM28 untuk pembelian di Lazada melalui aplikasi Lazada.
- Baucar penghantaran percuma bernilai RM5 setiap hari Jumaat melalui aplikasi Lazada.
- Baucar diskaun RM8 boleh dituntut setiap bulan melalui aplikasi Lazada.
Untuk maklumat lanjut mengenai kad kredit istimewa untuk kaki Lazada ini, layari laman web UOB.
Strategi Maksimumkan Ganjaran di Shopee / Lazada
Untuk mendapatkan manfaat maksimum untuk setiap kad kredit Shopee & Lazada yang dinyatakan di atas, anda perlulah bertindak bijak menggunakannnya menggunakan strategi yang betul.
- Gunakan kad semasa promosi besar: Pastikan kad aktif semasa hari promosi besar seperti 9.9, 11.11, 12.12, 10.10 kerana banyak kad menawarkan ganjaran berganda pada waktu promosi (contohnya Maybank Shopee memberi 5× Shopee Coins semasa hari promosi).
- Gabungkan promosi platform + kod baucar kad: Kad tertentu membolehkan anda menebus baucar diskaun kad dalam aplikasi selain diskaun Lazada / Shopee. Gunakan kedua-duanya bersama untuk penjimatan tambahan.
- Pantau yuran tahunan dan perbelanjaan tahunan. Jika kad mempunyai pengecualian yuran tahunan berdasarkan perbelanjaan tahunan, pastikan anda menepati syarat itu untuk elak dikenakan caj.
Pastikan anda membaca syarat dan terma setiap kredit yang dinyatakan di atas sebelum memohon.




