Senarai Kereta Murah di Malaysia Bawah RM50,000 (Baru & Terpakai)

LocalCars
15 Apr 2025 • 5:26 PM MYT
Carlist.my Auto News
Carlist.my Auto News

View the latest car news, reviews, videos, and guides for all Malaysians.

Cari kereta murah Malaysia? Lihat senarai kereta bawah 50k termasuk kereta baru, kereta terpakai (second hand) murah yang berbaloi dan menjimatkan.



Sedang mencari kereta murah Malaysia yang berbaloi dengan bajet bawah RM50,000? Sama ada anda sedang mempertimbangkan kereta baru atau kereta second hand bawah 50k, artikel ini menyenaraikan pilihan terbaik untuk anda – lengkap dengan info harga, penjimatan minyak dan ciri-ciri utama.


Senarai Kereta Baru Bawah RM50k di Malaysia

1. Perodua Axia (Baru)

Anggaran harga: Dari RM22,000

Kategori: Kereta bawah 50k

Penjimatan minyak: 27.4 km/l untuk varian SE dan AV, manakala 25.3 km/l bagi varian G dan X

Kelebihan: Jimat minyak, saiz kompak, sesuai untuk pemanduan bandar
Kenapa patut beli? Jika anda cari kereta murah yang mudah dijaga dan ekonomi, Axia adalah pilihan utama.

 

2. Proton Saga (Baru)

Anggaran harga: Dari RM34,800

Kategori: Sedan kompak

Penjimatan minyak: ±15 km/l

Kelebihan: Ruang selesa, harga berpatutan
Sesuai untuk mereka yang mahu kereta murah Malaysia untuk kegunaan harian.

 

3. Perodua Bezza (Baru)

Anggaran harga: Dari RM36,500

Penjimatan minyak: ±21.3 km/l

Kelebihan: Sedan jimat minyak, boot besar
Bezza ialah pilihan pintar untuk pembeli pertama yang mahu kereta terpakai murah tetapi baru.

 

4. Proton Iriz (Baru)

Anggaran harga: Dari RM42,800 (1.3L Standard Hatchback)
Penjimatan minyak: 

  • 1.3 Standard CVT: ± 14.5 km/l
  • 1.6 Executive CVT: ±13.5 km/l
  • 1.6 Active CVT: ±13.5 km/l

Kelebihan: Hatchback dengan pengendalian tajam, ciri keselamatan moden seperti ESC & 6 beg udara (varian lebih tinggi)
Pilih Iriz jika anda perlukan hatchback dengan sistem keselamatan terkini, pemanduan sporty dan bergaya dalam bajet kereta bawah RM50k.

 

5. Proton Persona (Baru)

Harga: Dari RM47,800 (1.6L Standard CVT)

Kelebihan: Ruang kabin luas, CVT lancar, praktikal untuk keluarga dan perjalanan harian
Persona memberikan nilai tinggi untuk pembeli yang mencari sedan lengkap dengan bajet terhad.

 

Kereta Second Hand Bawah RM50k

1. Perodua Myvi (Second Hand)

Tahun model: 2015 ke atas
Harga pasaran: ±RM15,500 – RM50,000
Kelebihan: Nilai jualan semula tinggi, mudah diselenggara
Myvi sentiasa jadi pilihan utama untuk kereta second hand murah di Malaysia.

 

2. Honda City (Second Hand)

Tahun model: 2021 ke bawah
Harga pasaran: Bawah RM50,000
Kelebihan: Prestasi mantap, kabin luas
City sesuai untuk yang mahu kereta terpakai murah dengan kualiti premium.

 

3. Toyota Vios (Second Hand)

Tahun model: 2020 ke bawah
Harga pasaran: Bawah RM50,000
Kelebihan: Tahan lasak, resale value tinggi
Vios adalah antara pilihan popular dalam kategori kereta second hand bawah 50k.

 

4. Kia Picanto (Second Hand)

Tahun model: 2015 ke atas
Harga pasaran: ±RM14,000 – RM46,000
Ciri menarik: Saiz kompak, ada Electronic Stability Control
Picanto sesuai untuk pemanduan bandar dan mereka yang cari kereta bawah 50k dengan ciri moden.

 

5. Perodua Axia (Second Hand)

Tahun model: 2015 ke atas
Harga pasaran: ±RM13,000 – RM49,000 (2015 ke atas)
Kelebihan: Jimat minyak, penyelenggaraan rendah, sesuai untuk pemandu baru
Axia second hand sangat popular kerana harganya mampu milik dan kos operasi yang rendah.

 

6. Proton Saga (Second Hand)

Tahun model: 2016 ke atas

Harga pasaran: ±RM11,000 – RM44,800

Kelebihan: Rekaan moden, selesa dipandu, alat ganti mudah didapati
Proton Saga versi baru menawarkan prestasi stabil dan keselesaan setanding sedan kompak lain dalam bajet kereta second hand bawah 50k.

 

7. Perodua Bezza (Second Hand)

Tahun model: 2016 ke atas

Harga pasaran: ±RM18,000 – RM49,000

Kelebihan: Jimat minyak (hingga 21 km/l), but besar, sesuai untuk keluarga kecil
Bezza terpakai menjadi pilihan ramai kerana ia merupakan antara sedan paling jimat minyak dan kos selenggara rendah.

 

8. Hyundai Elantra (Second Hand)

Tahun model: 2015 ke atas

Harga pasaran: ±RM19,000 – RM49,000

Kelebihan: Push/start button, Tiptronic transmission
Untuk yang mahu kereta dengan gaya premium pada harga bajet.

 

9. Nissan Almera (Second Hand)

Tahun model: 2015 - 2022
Harga pasaran: ±RM14,000 – RM49,000
Kelebihan: Kabin luas, keselesaan tinggi
Sesuai untuk keluarga muda yang ingin memiliki kereta terpakai murah dan praktikal.

 

Tips Sebelum Membeli Kereta Murah Malaysia

1. Periksa keadaan kereta

Semak enjin, transmisi, brek dan sistem elektrik.

2. Tanya rekod servis
 Pastikan servis dilakukan secara konsisten dan lengkap.

3. Lakukan pemeriksaan PUSPAKOM
 Untuk sahkan tiada masalah undang-undang atau kemalangan besar.

4. Bandingkan harga pasaran
 Gunakan platform seperti Carlist.my untuk semak harga semasa.

Dengan bajet RM50,000, anda mempunyai pelbagai pilihan kereta murah, sama ada model baru atau kereta second hand bawah 50k. Pastikan anda menilai keperluan sebenar – sama ada untuk pemanduan harian, kegunaan keluarga atau jimat minyak – dan buat pilihan yang bijak.

 

FAQ: Kereta Murah Malaysia Bawah RM50k

Apa kereta baru bawah RM50k yang terbaik di Malaysia?
Pilihan popular termasuk Perodua Axia, Proton Saga, Perodua Bezza, Proton Iriz dan Persona. Sesuai untuk bajet rendah dan penggunaan harian.

Apa kereta second hand bawah RM50k yang berbaloi?
Myvi, Axia, Honda City, Toyota Vios, dan Bezza adalah antara kereta second hand murah paling dicari di Malaysia.

Berbaloi tak beli Perodua Axia second hand?
Ya. Axia second hand sangat jimat minyak, harga dari RM13k dan kos penyelenggaraan rendah. Sesuai untuk pemandu baru dan pelajar.

Ada sedan murah bawah RM50k di Malaysia?
Ada. Contohnya Proton Saga, Honda City, Toyota Vios, dan Nissan Almera. Semua ini antara kereta terpakai murah kategori sedan.

Kereta paling jimat minyak bawah RM50k?
Perodua Axia dan Perodua Bezza antara paling jimat – masing-masing sekitar 27.4 km/l dan 21.3 km/l. Sesuai untuk yang pentingkan penjimatan.

Bagaimana cara pilih kereta murah yang sesuai?

  • Semak kondisi fizikal & enjin
  • Periksa rekod servis
  • Lakukan pemeriksaan PUSPAKOM
  • Bandingkan harga pasaran

Dengan bajet RM50,000, anda boleh dapat kereta terpakai murah atau model baru kompak yang jimat minyak.

Cari kereta baru atau second hand? Jom tengok kat Carlist.my – laman jual beli kereta No.1 di Malaysia!
Nikmati waranti percuma sampai 5 tahun* dan kereta yang diperiksa oleh mekanik berpengalaman (Carlist Qualified Cars). Nak lebih tenang? Kami ada Extended Warranty juga!
Dengan senarai kereta paling banyak dan penjual berlabel “Trusted Dealer”, beli atau jual kereta jadi lebih mudah & yakin.
Carlist.my – servis boleh percaya, kereta pun tip-top!

View Original Article