Tips Lengkap untuk Membeli Kereta Terpakai – Apa yang Perlu Diperiksa Sebelum Membeli?

28 Mar 2025 • 10:32 AM MYT
Carlist.my Auto News
Carlist.my Auto News

View the latest car news, reviews, videos, and guides for all Malaysians.

Nak beli kereta terpakai? Baca panduan beli kereta second hand lengkap! Ketahui tips beli kereta terpakai, proses beli kereta second hand, & cara beli dari direct owner.


Membeli kereta terpakai merupakan salah satu pilihan bijak, terutamanya bagi mereka yang ingin berjimat atau sedang mencari kenderaan pertama. Namun, proses beli kereta second hand memerlukan pemerhatian yang teliti agar tidak menyesal di kemudian hari. Dalam artikel ini, kami kongsikan checklist lengkap membeli kereta terpakai, termasuk tips beli kereta terpakai dan cara beli kereta terpakai direct owner.


1. Semak Latar Belakang Kenderaan

Sebelum beli kereta terpakai, pastikan anda menyemak rekod servis, status cukai jalan, insurans, dan laporan kemalangan (jika ada). Ini penting untuk memastikan kereta tersebut bebas daripada sebarang masalah besar. Anda juga boleh semak dengan pihak JPJ atau PUSPAKOM untuk mendapatkan laporan pemeriksaan teknikal.


2. Periksa Keadaan Fizikal dan Mekanikal

Antara tip beli kereta second hand yang paling penting ialah memeriksa bahagian enjin, brek, tayar, lampu, aircond, dan sistem suspensi. Jika anda kurang arif, bawa bersama mekanik yang berpengalaman untuk bantu anda menilai keadaan sebenar kereta.


3. Pastikan Dokumen Lengkap dan Sah

Proses beli kereta second hand memerlukan anda untuk semak geran asal, salinan kad pengenalan pemilik, dokumen insurans, dan rekod penyelenggaraan. Ini amat penting terutamanya jika anda ingin beli kereta second hand melalui direct owner.


4. Tetapkan Bajet & Semak Nilai Pasaran

Sebelum membuat keputusan untuk beli kereta terpakai, tetapkan bajet anda termasuk kos tambahan seperti cukai jalan, insurans dan kos servis selepas pembelian. Buat perbandingan harga dengan model yang sama di pasaran bagi memastikan harga yang ditawarkan berpatutan.


5. Uji Pandu (Test Drive)

Sebelum membeli, lakukan uji pandu untuk mengenal pasti sebarang masalah dari segi prestasi, sistem stereng, gear, atau brek. Ini antara tips beli kereta terpakai yang tidak boleh diabaikan.

Sekarang anda sudah tahu cara nak beli kereta second hand dengan selamat, tiba masanya untuk mencari kenderaan idaman anda! Sama ada anda ingin beli kereta terpakai atau mencari model terbaru, Carlist.my adalah platform terbaik untuk anda.


Carlist.my – Platform Jual Beli Kereta No.1 di Malaysia!

  • Waranti percuma sehingga 5 tahun* untuk Carlist Qualified Cars
  • Pemeriksaan oleh mekanik berpengalaman untuk jaminan kualiti
  • Pilihan Extended Warranty untuk pembelian lebih selamat
  • Senarai kereta paling lengkap di Malaysia
  • Dapatkan kereta dari Trusted Dealer dengan rekod jualan terbaik

Jangan tunggu lagi! Cari, jual, atau membeli kereta terpakai dengan yakin di Carlist.my hari ini!


Soalan Lazim

1. Berbaloi ke beli kereta second hand?
Ya, beli kereta second hand amat berbaloi jika anda tahu cara yang betul. Anda boleh mendapatkan nilai lebih baik dengan harga lebih rendah berbanding kereta baru, terutama jika anda membeli dari penjual yang dipercayai di Carlist.my. Dengan pilihan Carlist Qualified Cars, anda bukan sahaja mendapat waranti percuma sehingga 5 tahun*, tetapi juga pemeriksaan oleh mekanik bertauliah untuk memastikan kualiti dan ketahanan kenderaan pilihan anda.

2. Cara nak beli kereta second hand dari pemilik?
Untuk membeli dari direct owner, pastikan anda mencari iklan yang menawarkan jualan terus daripada pemilik, menyemak semua dokumen dengan teliti, dan melakukan pemeriksaan sebelum meneruskan pembayaran. Di Carlist.my, anda boleh menemui banyak pilihan kereta dari pemilik terus serta penjual berlabel Trusted Dealer, yang mempunyai rekod jualan terbaik untuk memastikan transaksi lebih selamat dan mudah.

3. Ada panduan beli kereta second hand yang mudah?
Ya! Gunakan checklist lengkap membeli kereta terpakai untuk memastikan anda membuat pilihan tepat, dari pemeriksaan enjin hingga semakan dokumen. Di Carlist.my, anda boleh menyemak harga pasaran, mencari kereta berkualiti dengan proses yang lebih lancar, serta mendapatkan perlindungan tambahan seperti Extended Warranty, supaya anda boleh membeli dengan lebih yakin.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved