Senarai Lagu Apple Music Kini Boleh Dipindahkan Ke YouTube Music

TechnologyDigital
28 Aug 2024 • 9:29 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Terdapat banyak perkhidmatan penstriman muzik yang boleh dilanggan tetapi kerana faktor kos, anda mungkin ingin mengubah ke platform lain tetapi terasa sayang pula senarai muzik yang disimpan bertahun lamanya akan hilang. Hari ini Apple Music menerbitkan dokumen bantuan untuk pelanggan memindahkan senarai lagu ke YouTube Music.

image is not available

Hanya senarai lagu yang dihasilkan sendiri oleh pengguna boleh dipindahkan ke YouTube Music. Lagu yang dibeli, lagu yang tiada di YouTube Music, podsiar dan lagu yang dimuat naik sendiri oleh pengguna walau bagaimanapun tidak boleh dipindahkan. Dengan ciri ini isu tidak mampu berpindah kerana sayang kehilangan senarai lagu peribadi tidak akan menjadi masalah. Sebelum ini Apple Music ada menguji ciri mengimport senarai lagu daripada Spotify.