Anda Kini Boleh Mencari Muzik Dengan Google Circle To Search

TechnologyDigital
21 Aug 2024 • 2:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google sedia mempunyai enjin carian yang terbaik sehingga menurut Apple tiada harga yang Bing boleh bayar bagi menggantikan Google. Carian Google hebat bukan sahaja di web tetapi juga ada pada Google Photos dan YouTube. Salah satu ciri yang saya kerap gunakan adalah mencari muzik kerana pada YouTube Music dan Google Assistant, lagu boleh didengungkan untuk dicari. Terbaru, ciri ini diintegrasikan ke dalam Circle to Search pula.

image is not available

Selain mendengungkan muzik, Circle to Search turut berfungsi dengan mendengar lagu yang sedang dimainkan dalam peranti atau di sekeliling pengguna. Mikrofon peranti akan sentiasa mendengar seakan ciri Now Playing pada Pixel dan butiran lagu akan dipaparkan dengan jelas seperti judul dan biografi penyanyi.

Ciri ini diedarkan secara berperingkat kepada pengguna Pixel dan Samsung, iaitu dua jenama yang mempunyai Circle to Search. Peranti Android lain dijangka akan menerima ciri sama sekitar hujung tahun akan datang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved