
Kota Kinabalu: Chan Foong Hin dari Pakatan Harapan (PH) yang berjaya mempertahankan kerusi Kota Kinabalu dalam saingan lima penjuru, merasakan bekas rakan pakatan Parti Warisan hanya dapat menyalahkan diri sendiri atas prestasi suram mereka kali ini.
Beliau menamakan Naib Presiden Warisan Datuk Junz Wong atas apa yang berlaku sehingga menyebabkan Warisan berpisah dengan PH. Warisan merupakan sebahagian daripada gabungan PH persekutuan dan negeri selepas pilihan raya 2018.
Chan, 44, yang neraih 32,359 undi dan menang dengan majoriti 23,783 melahirkan rasa kesal kerana Warisan tidak lagi dapat bekerjasama dengan pakatan itu (PH).
