Senator Amerika Meminta Eksport Cip AI NVIDIA Ke Asia Tenggara Disekat

WorldTechnology
25 Mar 2026 • 10:20 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dua senator Amerika Syarikat, Jim Banks dan Elizabeth Warren meminta Jabatan Perdagangan AS menggantung semua lesen eksport cip AI NVIDIA ke China dan negara Asia Tenggara menurut laporan Financial Times. Penggantungan lesan diminta selepas skandal penyeludupan besar-besaran cip NVIDIA ke China melalui negara seperti Malaysia, Thailand, Vietnam dan Singapura.

Minggu lalu tiga individu yang mempunyai perkaitan dengan Super Micro Computer telah didakwa oleh Jabatan Kehakiman AS kerana membantu menyeludup teknologi AI bernilai sekurang-kurangnya $2.5 bilion ke China.

image is not available

Surat daripada senator menuduh CEO NVIDIA, Jensen Huang memberikan gambaran salah kepada pegawai Amerika Syarikat apabila menafikan wujudnya penyeludupan cip ke China. Mereka menyatakan kenyataan Huang bercanggah dengan laporan yang sudah tersedia ketika itu.

NVIDIA menegaskan pematuhan terhadap peraturan eksport adalah keutamaan utama mereka. Selepas suspek dihadapkan di mahkamah Singapura tahun lalu, MITI mewajibkan permit khas untuk eksport dan transit cip AI keluaran Amerika Syarikat di Malaysia bagi mengelakkan insiden negara digunakan untuk penyeludupan ke China berulang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved