Konsert Coldplay Di Greece Kena ‘Pause’, Gara-gara Lelaki Pakai Bendera Israel Jatuh Tepi Pentas

Entertainment
14 Jun 2024 • 4:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Konsert kumpulan muzik United Kingdom (UK), Coldplay di Athens, Greece terpaksa dihentikan sementara apabila seorang penonton yang memakai bendera Israel jatuh ketika cuba memanjat pentas.

Ketika kejadian itu berlaku, penyanyi utama kumpulan tersebut Chris Martin terlihat seorang lelaki yang membalut badannya dengan bendera Israel cuba memanjat ke arah pentas menerusi bahagian lampu pentas itu.

Lelaki itu kemudiannya hilang keseimbangan dan terjatuh dengan sangat kuat, situasi itu menyebabkan Chris menghentikan muzik dengan segera dan pemain gitar, Johnny Buckland bergegas ke tepi pentas untuk memeriksa lelaki malang itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fly FM Malaysia (@flyfm958)

Menerusi laporan Yahoo! News, lelaki itu merupakan bekas tentera Israel yang kini menjadi seorang personaliti internet, Guy Hochman.

Dia berkongsi insiden yang menimpa dirinya itu di laman Instagram miliknya dan memberitahu dia mengalami kecederaan di bahagian badan termasuk patah tulang rusuk.

Katanya, dia ingin bersuara mengenai ‘isu’ yang kini menimpa negaranya, serta sempat berseloroh dia sempat menghidu bau peluh vokalis Coldplay itu.

Sumber: Instagram, Yahoo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.