Sengaja Bawa Phone Dan Rakam Proses Undi Di TikTok, Tindakan Individu Ini Buat Netizen Berang

19 Nov 2022 • 5:00 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Nak ‘flex’ pergi mengundi

Sengaja Bawa Phone Dan Rakam Proses Undi Di TikTok, Tindakan Individu Ini Buat Netizen Berang. Sekitar 10 November lepas, Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pernah mengeluarkan kenyataan menyuruh orang ramai untuk mematuhi peraturan termasuk larangan mengambil gambar atau merakam sewaktu mengundi.

Hal ini kerana sewaktu PRU sebelum ini pernah terjadi isu di mana pengundi perlu mengambil gambar undian yang dibuat untuk parti tertentu kemudian dibayar dengan wang.

Sudah semestinya, perkara ini membuatkan keputusan akhir yang diperoleh adalah tidak telus dan merosakkan integriti sesebuah negara.

image is not available
Sengaja Bawa Phone Dan Rakam Proses Undi Di TikTok, Tindakan Individu Ini Buat Netizen Berang

SPR larang bawa phone ke pusat undi

Meskipun pihak SPR telah memaklumkan perkara sedemikian, masih ada lagi individu yang ingkar malah bertindak untuk merakam proses pengundian yang dibuat demi secebis konten di TikTok.

Menerusi maklum balas di ruangan sosial media, rata-rata ramai netizen yang berang dengan tindakan individu ini kerana melanggar undang-undang yang ditetapkan.

image is not available

image is not available

image is not available

Walaupun mendapat kecaman hebat, video yang dikongsikan tersebut telah dipadam di TikTok.