Sengaja Tidak Kurangkan Berat, Atlet Gusti Iran Tarik Diri, Enggan Berdepan Wakil Israel

Entertainment
17 Sep 2022 • 12:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang atlet sukan gusti dari Iran, Amir Mohammad Yazdani dilaporkan menarik diri dari Kejohanan Gusti Dunia 2022 yang berlangsung di Belgrade, Serbia dari 15 hingga 18 September.

image is not available

Atlet berusia 22 tahun itu menarik diri kerana enggan berdepan lawan dari Israel dalam pusingan kelayakan kategori 70kg.

Menurut laporan The Algemeiner, Yazdani memberi alasan tidak dapat menyertai perlawanan tersebut kerana memiliki berat badan berlebihan yang menyebabkannya beliau tidak menepati syarat kelayakan kategori tersebut.

Bekas jurulatih pasukan Iran, Sardar Pashaei, walau bagaimanapun berkata, tindakan Yazdani itu berkemungkinan diambil kerana Iran sebelum ini diketahui tidak membenarkan atletnya untuk bertemu mana-mana atlet dari Israel dalam apa jua acara sukan peringkat antarabangsa.

image is not available

Untuk rekod, Yazdani sebelum ini pernah merangkul pingat perak dalam kejohanan dunia dua tahun lepas yang diadakan di Oslo, Norway.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.