Seni Bermukun, Salah Satu Tradisi Yang Masih Diwarisi Di Sarawak Hingga Kini

31 Oct 2023 • 11:35 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bermukun merupakan tradisi kaum Melayu Sarawak

Seni Bermukun, Salah Satu Tradisi Yang Masih Diwarisi Di Sarawak Hingga Kini. Tak lengkap rasanya gambaran kebudayaan Sarawak tanpa menyelami pesona dari aktiviti kesenian dan tradisi adat yang menjadi ciri khas masyarakat Melayu Sarawak.

Namun, salah satu tradisi yang paling menarik dan khas di Sarawak adalah adat bermukun atau bergendang.

image is not available
Seni Bermukun, Salah Satu Tradisi Yang Masih Diwarisi Di Sarawak Hingga Kini. Sumber gambar: themaidensgiedd

Buat anda yang tidak familiar, bermukun atau bergendang adalah seolah-olah sebuah “pawagam” yang disuguhkan di khalayak umum, biasanya pada majlis perkahwinan selepas proses persandingan.

Ada yang siap berpantun, borjoget dan berkaraoke. Memang meriah!

Menariknya, tradisi bermukun ini merupakan satu tradisi buat kaum Melanau dan diyakini telah wujud sejak lewat abad ke-18. Pada masa itu, ia digunakan sebagai salah satu bentuk ritual dalam perubatan tradisional, sebelum penyebaran agama Islam di Sarawak.

Bermukun akhirnya menjadi popular sekitar tahun 1960-an dengan pelbagai elemen seni lain yang disuntik seperti bunyi biola serta keyboard dan sering dipersembahkan sebagai acara hiburan dalam majlis-majlis seperti majlis perkahwinan, berkhatan dan keramaian.

image is not available
Sumber gambar: Borneo Talk

@locco.my Adat bermukun merupakan persembahan kesenian Sarawak. Dahulu, bermukun merupakan adat ritual #Bermukun #Adat #Budaya #Seni #Sarawak #Tradisi #fyp ♬ original sound – LOCCO

Bermukun: Suatu seni yang menyatukan rakyat Sarawak

Adat bermukun ini biasanya dijalankan oleh dua atau lebih wanita yang duduk di belakang tabir, dikenal sebagai ‘tukang bergendang’ atau ‘seh bergendang’. Mereka memukul gendang sambil berpantun, membentuk harmoni dan irama yang memukau.

Sementara itu, lelaki duduk di luar tabir, meninggalkan sebuah “arena” di tengah untuk menari dan berjoget. Bergantung kepada suasana, mereka juga boleh memainkan biola untuk menambah elemen musikal.

image is not available
Sumber gambar: shikinshapiee

Adat ini menjadi sebahagian daripada identiti Sarawak

Tidak dapat dinafikan bahawa peralatan seperti gendang, biola, gong, dan sidak adalah nadi kepada keseluruhan aktiviti bermukun. Sidak adalah sejenis alat iaitu lengkungan rotan untuk menegangkan kulit kambing agar bunyi gendang yang terhasil itu kuat ketika dipukul.

Tradisi bermukun atau bergendang bukan hanya satu bentuk hiburan semata-mata. Ia adalah simbol kepada warisan budaya dan seni yang dihargai dan dilestarikan oleh masyarakat Sarawak, tidak kira dari kaum.

image is not available
Seni Bermukun, Salah Satu Tradisi Yang Masih Diwarisi Di Sarawak Hingga Kini

Lagi cerita menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

https://www.iloveborneo.my/penyaram-disajikan-untuk-menyeru-semangat-buaya-putih-ketahui-kepercayaan-kaum-bajau-laut/

https://www.iloveborneo.my/kenali-kelirieng-tiang-pengebumian-kaum-punan-dan-melanau-di-sarawak/