Walau Sibuk Belajar, Pasangan Kembar Abid Dan Amin Seronok Cipta Barangan Baharu

Entertainment
7 Oct 2023 • 7:40 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dalam sibuk belajar, pasangan kembar Abid dan Amin masih seronok mencuba pelbagai ciptaan baru untuk keluarga.

Ada waktunya, pasangan kembar ini membuat video menarik untuk tontonan warganet hingga mencecah jutaan tontonan.

Sebelum ini mereka membuat binaan dapur dan kini membuat lampu berjurai menarik perhatian warganet.

@aminxabidBakar sabut gantung sabut

♬ Madu Dan Racun. – Body86

Kelihatan seperti penanggal apabila waktu malam dan lampu dibuka. Namun, kembar itu teruja dengan ciptaan mereka.

Dalam video tersebut, mereka menggunakan kulit kelapa sehingga menjadikan hiasan lampu. Mereka membuat video cara menghasilkan hiasan lampu itu menarik perhatian warganet.

Mereka juga turut menjual hasil daripada ciptaan mereka.

Rata-rata netizen memberikan komen positif dan mengharapkan lebih banyak ciptaan baru dihasilkan.

Kreatif bukan!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article