Sensasi Qabil hadiahkan emas kedua Malaysia

28 Sep 2023 • 5:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Qabil mengungguli acara dressage individu Sukan Asia Hangzhou di Pusat Ekuestrian Tonglu pada Khamis. - Foto FB MOM

JAGUH ekuestrian negara, Qabil Ambak Mahamad Fathil membawa khabar gembira buat kontinjen Malaysia apabila menghadiahkan pingat emas kedua Sukan Asia Hangzhou 2022 sebentar tadi.

Kejayaan itu diraih selepas atlet berpengalaman berusia 43 tahun dan kudanya, Rosenstolz mengungguli acara dressage individu.

Dalam acara yang berlangsung di Pusat Ekuestrian Tonglu itu, Qabil unggul setelah mengumpul 75.780 mata.

Juara bertahan dari Hong Kong, Jacqueline Siu mengutip 73.450 mata untuk merangkul perak, manakala ekuestrian dari India, Anush Agarwalla meraih gangsa setelah memungut 73.030 mata.

Kontinjen Malaysia pada Rabu meraih emas pertama menerusi atlet pelayaran negara, Nur Shazrin Mohamad Latif yang menjuarai acara ILCA 6 wanita.