'Sentimen tidak puas hati rakyat, tekanan ekonomi mungkin dorong PRU16 diadakan lebih awal' - Mohd Amar

LocalPolitics
18 Jul 2026 • 12:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Sentimen tidak puas hati rakyat, tekanan ekonomi mungkin dorong PRU16 diadakan lebih awal' - Mohd Amar
Mohd Amar - Foto SINAR HARIAN/ADILA SHARINNI WAHID

KOTA BHARU – Perkembangan politik semasa dalam negara dan tekanan ekonomi dunia susulan konflik di Iran mampu meningkatkan kemungkinan kerajaan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) lebih awal, kata Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata, ia termasuk perkembangan persefahaman antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) selain perubahan sokongan rakyat yang akan memberi kesan kepada kedudukan kerajaan.

“Kalau dua keadaan ini berterusan dan kerajaan gagal membuat pembetulan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, saya fikir ia akan memberi kesan besar kepada kedudukan mereka.

“Nak tak nak, kerajaan kena ambil risiko buat pilihan raya, mungkin Oktober atau November ini,” katanya kepada pemberita.

Beliau turut mendakwa sentimen tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan semakin meningkat berdasarkan perkembangan politik mutakhir.

“Boleh lihat banyak reaksi rakyat terhadap kerajaan terutama di media sosial, lebih banyak menunjukkan tidak puas hati.

“Kalau berterusan, keadaan ini juga akan memberi kesan kepada kedudukan kerajaan pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Mengulas konflik di Iran pula, katanya, memberi kesan kepada harga minyak dunia dan ekonomi global.

“Keadaan yang berlaku di Iran tidak akan selesai sehingga akhir tahun.

“Harga minyak akan meningkat, ekonomi dunia tidak bergerak dengan baik dan perniagaan turut terjejas, akhirnya akan memberi kesan kepada ekonomi negara dan desakan kepada kerajaan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved