Sentuh Isu ‘Ustaz Direhatkan’ Masa Program MeleTOP, Nabil Ahmad Mohon Maaf

Entertainment
20 Jun 2024 • 9:34 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelawak dan pengacara tanah air, Nabil Ahmad menerima kecaman hebat susulan dengan sedutan videonya menemuramah Ustaz Harry dalam program MeleTOP baru-baru ini.

Kecaman hebat itu tercetus apabila Nabil Ahmad dikatakan mula menyentuh isu ‘Ustaz Selebriti’ yang direhatkan daripada bersiaran di kaca TV yang kini sedang menjadi topik hangat diperkatakan ramai.

Dalam termubual tersebut, Nabil Ahmad telah mengundang kritikan ramai kerana kenyataannya yang melabelkan segelintir pihak itu orang yang ‘terlebih pandai dan memberi hasutan’.

“Orang-orang baik sedang diuji. Sekarang ini banyak ustaz-ustaz juga direhatkan bila mana ada orang terlebih bijak pandai buat hasutan.

“Padahal benda itu ada kebenarannya. Kalau tak ada pun, mungkin boleh dibincangkan dengan cara yang baik. Tetapi para asatizah dan ustaz-ustaz sekarang diuji sedangkan mereka sedang berkorban masa, jiwa, keluarga demi nak berdakwah kerana agama,” ujar Nabil dalam program tersebut yang menampilkan Namie, Ustaz Harry dan PU Amin.

Keratan video tersebut tular di X dan meraih lebih daripada 2.5K jumlah perkongsian sepanjang tempoh artikel ini ditulis. Netizen menemplak kenyataan Nabil itu kerana pihak yang menegur berkenaan dengan isu tersebut datangnya daripada mufti, pakar hadis dan ahli Majlis Fatwa.

image is not available image is not available

image is not available

Bagaimanapun, Nabil Ahmad malam tadi telah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka menerusi Instagram miliknya kepada mana-mana pihak yang rasa kurang selesa dan tersinggung dengan kenyataannya itu.

image is not available

Jelas Nabil lagi, dia akan lebih berhati-hati kelak dan akui kekhilafannya itu datang daripada dirinya sendiri.

Sumber: X, Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.