Sentuh lengan Fattah Amin, wanita dikecam netizen – “Tak perlu nak pegang pun!”

LocalEntertainment
10 Dec 2024 • 3:12 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Sentuh lengan Fattah Amin

Pelakon sensasi, Fattah Amin mencuri tumpuan ramai apabila dipegang oleh seorang wanita ketika menghadiri majlis perasmian produk kecantikan yang diadakan di Shah Alam, baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @Amir Naufal di laman TikToknya, dapat dilihat Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin memakai persalinan berwarna hijau menuruni tangga sambil diiringi petugas majlis.

Sentuh lengan Fattah Amin

https://www.tiktok.com/@amirnaufal91/video/7446221684132154642

Dalam video itu, Fattah yang memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar kerana enggan untuk bersentuhan dengan wanita lain di majlis tersebut.

Sentuh lengan Fattah Amin

image is not available

image is not available

Tak perlu sentuh pun!

Bagaimanapun, tindakan wanita terbabit yang berkali-kali menyentuh lengan Fattah telah mengundang rasa tidak puas hati ramai terutamanya dalam kalangan peminat meskipun dia menjalankan tanggungjawab ketika bekerja.

Bagi netizen, wanita itu tidak perlu menyentuh bekas suami Nur Fazura memandangkan dia boleh menunjukkan arah yang perlu dituju oleh aktor tersebut.

image is not available image is not available

Fattah nampak tak ceria

Dalam pada itu, ramai juga berpendapat wajah pelakon filem Mat Kilau:Kebangkitan Pahlawan itu tidak ceria seperti dahulu sewaktu bergelar suami kepada Nur Fazura.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Sekadar info, Fattah dan Fazura bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di Shah Alam selepas lebih tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya.

Sumber: TikTok @Amir Naufal