Baru sebulan beli perabot rumah, wanita akur diuji kediaman ditenggelami banjir

LocalEnvironment
29 Nov 2024 • 12:52 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Wanita akur diuji

Malang tidak berbau, seorang wanita akur menghadapi ujian berat apabila rumahnya yang terletak di Kelantan ditenggelami banjir.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh wanita berkenaan yang dikenali sebagai Azira di laman TikToknya, bencana tersebut menyebabkan beberapa barangan dan perkakas di ruang rumah utama yang baru dibeli sebulan lalu rosak akibat ditenggelami air.

Wanita akur diuji

Azira berkata, kawasan rumahnya masih dalam keadaan baik ketika menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-empat bersama suami dan anak lelaki.

Bagaimanapun, Azira tidak pernah menyangka bah naik secara secara mendadak pada keesokan harinya sehingga menenggelamkan beberapa perabot rumah.

“Malam sebelum..doakan untuk Kelantan,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.

Wanita akur diuji

image is not available

image is not available

Netizen turut bersimpati

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib malang yang menimpa Azira sekeluarga bahkan tidak sempat untuk menyelamatkan harta benda kediaman.

image is not available image is not available image is not available

Semoga dipermudahkan segala urusan

Dalam pada itu, ramai mendoakan agar segala urusan mangsa-mangsa banjir di negeri terkesan dipermudahkan dan dilindungi Allah selalu sepanjang mengharungi dugaan banjir pada tahun ini.

image is not available

Untuk makluman, hujan berterusan menyebabkan jumlah mangsa banjir di beberapa negeri meningkat mendadak dengan Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu seramai 59,232 orang telah dipindahkan ke 221 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pagi ini, berbanding 50,947 orang di 207 PPS malam tadi.

Sumber: TikTok @Aziramstfaa