Seohyun Dedah Girls’ Generation Bakal Comeback & Adakan Konsert?

Music
30 Jun 2024 • 10:44 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Selepas “Forever 1”, pasti ramai yang menantikan lagu baru dari Girls’ Generation kan?

Baru-baru ini, Seohyun telah mengadakan parti hari jadinya bersama peminat ‘Seohyun’s Secret Hours birthday party’, yang diadakan di Seoul.

Ketika sesi soal jawab di acara itu, wanita tersebut ada ditanya,

Bila kami boleh lihat kemunculan semula SNSD secara keseluruhan atau kemunculan semula solo dan konsert SNSD secara keseluruhan?

Meningkatkan lagi jangkaan peminat, ahli termuda kumpulan itu menjawab,

Saya rasa, dalam masa terdekat. Walaupun bukan konsert SNSD, mungkin ada konsert….saya tak tahu.

Suka tau bagi harapan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.